Wednesday, May 9, 2012

Bank Negara kekal unjuran inflasi 2 hingga 3 peratus

BANK Negara Malaysia mengekalkan unjuran inflasi di negara ini pada kadar antara dua hingga tiga peratus di sebalik pengenalan gaji minimum.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BankNegarakekalunjuraninflasi2hingga3peratus/Article
Published: May 09, 2012

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm
Published: May 09, 2012

Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata bank pusat itu yakin bahawa gaji minimum berkenaan hanya mewakili bahagian kecil kos pengeluaran.
Ia juga, jelas beliau, tidak akan menyumbang kepada harga tinggi khususnya ketika negara berada dalam fasa harga yang sederhana.

Malah Zeti menegaskan, pengenalan gaji minimum itu adalah suatu yang positif kerana ia mampu merangsang penggunaan domestik.

Ia disebabkan kumpulan yang disasarkan itu mempunyai kecenderungan tinggi untuk membeli.

“Kami sudah mengambil kira prospek gaji minimum. Seperti yang anda tahu, lebih 100 negara di dunia ini sudah melaksanakannya,” katanya kepada media di luar Persidangan Persatuan Institut Perbankan Asia Pasifik, di Kuala Lumpur, semalam.

Mengenai kesan pengurangan hutang oleh bank Eropah di Asia, beliau berkata, kebanyakan negara di rantau ini akan menerima kesan tetapi pada ‘tahap terhad’ kerana terdapat mudah tunai yang besar.
“Dari segi sektor kewangan, kita boleh campur tangan untuk menyediakan mudah tunai,” katanya.

Sementara itu, Zeti berpendapat industri automotif di Malaysia adalah industri yang amat kompetitif dan beroperasi dalam pasaran yang sudah sangat tepu.

“Justeru, ia adalah berkisar kepada untuk menjadi lebih kompetitif dengan menambah baik produktiviti, inovasi, kecekapan, mengurangkan kos, model baru dan meneroka ke pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Bank Negara akan membenarkan pelaksanaan sebarang garis panduan baru secara berperingkat bagi membantu meringankan kesan kepada peserta dan pengguna. – BERNAMA

No comments: