Friday, May 18, 2012

Penubuhan bank Islam mega Malaysia diteruskan

TURKI 17 Mei - Proses memberi lesen kepada bank Islam mega akan mengambil sedikit masa berbanding memberikan lesen kepada institusi asing sedia ada kerana ia membabitkan penubuhan entiti perbankan baru, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Published: May 18, 2012

'Pemberian lesen kepada entiti baru (bank Islam mega) lebih panjang berbanding mengeluarkan lesen bagi institusi asing yang sudah wujud dalam pasaran,'' katanya.

Zeti berkata demikian bagi menjawab mengenai kelewatan penubuhan bank Islam mega yang bakal diwujudkan di Malaysia.

Bagaimanapun katanya, penubuhan bank Islam mega itu tetap diteruskan kerana ia merupakan perancangan kerajaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai terbitan sukuk dalam pelbagai mata wang di Malaysia, Zeti berkata, ia boleh dilakukan terutama dengan liberalisasi dalam peraturan untuk memberikan fleksibiliti kepada tukaran asing.

''Ini telah menyebabkan beberapa denominasi sukuk dalam pelbagai mata wang. Kita telah mempunyai sukuk diterbitkan dalam mata wang Singapura.

''Kami juga merupakan negara pertama yang menerbitkan sukuk dalam mata wang renminbi.

"Ia merupakan perkembangan yang mengujakan,'' jelasnya.

No comments: