Friday, May 18, 2012

Jalin kerjasama strategik

BANK Negara Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Pusat Republik Turki bagi menjalinkan kerjasama strategik antara kedua-dua negara. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jalinkerjasamastrategik/Article
Published: May 18, 2012

  ZETI  dan  Dr Erdem selepas majlis memeterai memorandum persefahaman di Istanbul, Turki, kelmarin.
ZETI dan Dr Erdem selepas majlis memeterai memorandum 
persefahaman di Istanbul, Turki, kelmarin.

MoU itu juga menyasarkan untuk menggalakkan pelaburan dua hala dan pengaturan mudah tunai bagi menyokong pembangunan sektor perkhidmatan kewangan dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.

Ia termasuk mewujudkan infrastruktur kewangan serta pengaturan pembayaran dan penyelesaian yang diperlukan bagi memudahkan perdagangan dua hala dalam mata wang negara masing-masing.

"Pelaksanaan MoU itu akan merintis jalan ke arah kerjasama yang lebih erat dalam meningkatkan saling hubungan antara kedua-dua negara," kata bank pusat itu dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.

MoU itu ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Gabenor Bank Pusat Republik Turki, Dr Erdem Basçi di Istanbul, kelmarin.

No comments: