Friday, May 18, 2012

Kadar faedah semasa akomodatif

KUALA LUMPUR 17 Mei - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, polisi kadar faedah ditentukan berdasarkan kepada tinjauan inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
Published: May 18, 2012

Menurut beliau, tinjauan itu perlu diberi penilaian dengan berhati-hati kerana ia menentukan hala tuju masa depan.

''Kita tidak boleh memberi tindak balas secara berlebihan dan terlebih dalam membuat penyelarasan kerana ia boleh menyebabkan ekonomi mengalami penyelarasan berlebihan,'' katanya di Istanbul, Turki.

Jelas Zeti, pada masa ini kadar inflasi adalah sederhana dan kadar faedah pula dalam kedudukan akomodatif.

''Akomodatif dalam aspek tiada sekatan dalam aktiviti pinjaman dan menyokong keseluruhan pertumbuhan, katanya. - Bloomberg

No comments: