Wednesday, May 8, 2013

Kadar pasaran wang ditutup stabil

KUALA LUMPUR 7 Mei - Kadar-kadar jangka pendek ditutup stabil hari ini apabila Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan campur tangan dalam pasaran wang untuk menurunkan paras lebihan mudah tunai.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130508/ek_07/Kadar-pasaran-wang-ditutup-stabil
Published: May 08, 2013

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM18.987 bilion daripada RM26.51 bilion yang dianggarkan sebelumnya, manakala paras lebihan dalam sistem perbankan Islam turun kepada RM4.085 bilion daripada RM10 bilion sebelumnya.

Pagi tadi, BNM memanggil 11 tender, terdiri daripada empat tender konvensional, empat tender Al-Wadiah, dua tender repo dan satu Program Murabahah Komoditi.

Bank Negara juga menawarkan tender lewat; satu tender konvensional bagi RM19 bilion wang sehari, dan satu tender Al-Wadiah bagi RM4 bilion; kedua-duanya merupakan wang sehari.

Kadar semalaman berada pada 2.93 peratus, manakala kadar-kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu, masing-masing ditetapkan pada 2.98 peratus, 3.02 peratus dan 3.04 peratus. — BERNAMA

No comments: