Tuesday, May 28, 2013

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Campur Tangan Bank Negara

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kadar jangka pendek ditutup stabil hari ini apabila Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan di dalam pasaran wang untuk menyerap lebihan kecairan dari sistem kewangan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130527/ek_14/Kadar-jangka-pendek-ditutup-lebih-kukuh-campur-tangan-BNM
Published: May 28, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=952527
Published: May 29, 2013

Lebihan kecairan di dalam operasi konvensional turun kepada RM16.574 bilion berbanding anggaran awal RM25.699 bilion manakala di dalam sistem Islam, dikurangkan kepada RM4.642 bilion berbanding RM7.559 bilion yang dicatatkan sebelum ini.

Awal Selasa, BNM melaksanakan satu tender pasaran wang lelongan pelbagai matang, satu tender Komoditi Murabahah, satu tender repo dan tiga tender Al-Wadiah.

BNM juga melaksanakan satu tender konvensional lewat bagi RM16.5 bilion dan satu tender Al-Wadiah RM4.6 bilion, yang kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar semalaman dicatatkan 2.92 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing dicatatkan 2.98 peratus, 3.01 peratus dan 3.04 peratus.

-- BERNAMA 

No comments: