KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pengurup matawang tidak berlesen di Malaysia
telah membantu pengendali pertukaran mata wang global yang menjalankan
operasi pengubahan wang haram atas talian berjumlah US$6 billion
(RM18.33 billion), hab bagi penjenayah menjual segala-galanya
menggunakan identiti dicuri untuk pornografi kanak-kanak, lapor The New York Times (NYT).
Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-dikaitkan-dengan-skim-pengubahan-wang-haram-terbesar-dunia-lapor-nyt/
Published: May 29, 2013
Pengurup mata wang yang digelar Liberty Reserve dipercayai pengubah
wang haram siber terbesar di dunia dan berpangkalan di Amerika Syarikat.
Ia juga dikendalikan dengan baik di luar sempadan negara serta
peraturan-peraturan perbankan antarabangsa tradisional, menyediakan
perlindungan mudah dan menyembunyikan nama, semakin dicari oleh
penjenayah untuk membiayai aktiviti mereka, kata akhbar berpengaruh itu,
memetik pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika.
Liberty Reserve bertanggungjawab bagi pengubahan berbilion-bilion dolar sejak tujuh tahun lalu, menjalankan 55 juta urus niaga melibatkan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk kira-kira 200,000 di Amerika Syarikat, menurut pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat yang dilaporkan telah mengemukakan tuduhan terhadap pengurup mata wang di Manhattan semalam.
Menurut NYT memetik kertas pertuduhan, sistem Liberty Reserve dicipta untuk membenarkan orang memindahkan jumlah wang besar dan kecil di seluruh dunia hanya dengan mengadakan sebuah alamat e-mel, yang tidak memerlukan identiti pengguna malah tidak perlu disahkan.
Liberty Reserve juga tidak melakukan atau menerima pembayaran tunai
secara langsung tetapi menggunakan pengurup “pihak ketiga” yang
“cenderung tidak berlesen menghantar wang perniagaan tanpa pengawasan
kerajaan atau peraturan, tertumpu di Malaysia, Russia, Nigeria dan
Vietnam”.
Memetik lagi dari kertas pendakwaan, NYT melaporkan pengurup
“pihak ketiga” akan menerima dan membuat pembayaran, kemudian kredit
atau debitkan ke akaun Liberty Reserve, membenarkan Liberty Reserve
mengelakkan mengumpul apa-apa maklumat perbankan pelanggan dan tidak
meninggalkan “jejak kertas kewangan berpusat”.
Mereka yang menerima mata wang Liberty Reserve ini “kebiasaannya
penjenayah”, menurut kertas dakwaan seperti yang dilaporkan oleh NYT.
“Mereka termasuk, sebagai contoh: pengedar data kad kredit dicuri dan
maklumat identiti peribadi; peniaga pelbagai jenis atas talian Ponzi
dan skim cepat kaya; penggodam komputer untuk disewa; perusahaan
perjudian haram dan laman sesawang bawah tanah urusan dadah,” akhbar
tersebut memetik kertas pendakwaan.
“Seperti dikatakan, satu-satunya kebebasan yang Liberty Reserve
berikan kepada ramai penggunanya adalah kebebasan untuk melakukan
jenayah — identiti tidak diketahui, dan ia menjadi hab popular untuk
penipu, penggodam dan pengedar,” kata Preet Bharara, peguam Amerika
Syarikat di Manhattan, dipetik berkata dalam sidang akhbar di Manhattan
semalam.
No comments:
Post a Comment