KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 4.1 peratus dalam suku pertama 2013, dalam persekitaran luar negara yang lemah.
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EkonomiMalaysiaberkembang4_1peratus/Article
Published: May 16, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kembang4_1peratus/Article/index_html
Published: May 16, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130516/ek_01/Ekonomi-tumbuh-41
Published: May 16, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=949973
Published: May 16, 2013
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Ini berbeza dengan 5.1 peratus yang dicapai dalam suku yang sama pada 2012 dan 6.5 peratus dalam suku keempat tahun lepas.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata
KDNK ini disokong oleh permintaan domestik yang meningkat 8.2 peratus
dalam suku berkenaan.
"Permintaan domestik terus kukuh dan meningkat sebanyak 8.2 peratus
dalam suku itu berbanding 7.8 peratus yang dicatatkan dalam suku keempat
tahun lepas," katanya pada satu sidang akhbar mengenai prestasi ekonomi
Malaysia di sini, Rabu.
Zeti berkata berdasarkan andaian semasa, negara akan mencapai pertumbuhan 5.0 hingga 6.0 peratus tahun ini,
"Pertumbuhan bagi tahun ini pada keseluruhannya, masih dalam lingkungan
unjuran terdahulu, iaitu lima hingga enam peratus, katanya.
Beliau berkata permintaan domestik dijangka terus menjadi pemacu utama
pertumbuhan, dengan sokongan peluasan sektor swasta dan sektor awam yang
kukuh.
"Kita nampak permintaan domestik yang tinggi berterusan. Ia terus utuh,
dan permintaan penggunaan berada pada kedudukan mantap pada sekitar 7.5
peratus, dengan jaminan kerja yang lebih teguh, pendapatan yang semakin
meningkat, manakala kegiatan pelaburan juga terus memberangsangkan,"
tegas Zeti.
Beliau berkata perkembangan global akan terus mencetuskan risiko
menurun, manakala perdagangan sesama serantau dijangka memperkukuh
prestasi pertumbuhan.
Menyentuh lebih lanjut tentang suku pertama, Zeti berkata penggunaan
swasta mencatatkan pertumbuhan mantap sebanyak 7.5 peratus (suku keempat
2012: 6.2 peratus) didorong oleh pertumbuhan pendapatan dan keadaan
pasaran buruh yang baik.
"Ini disokong selanjutnya oleh pemindahan wang kerajaan kepada isi rumah
berpendapatan rendah dan sederhana, dan pelaksanaan dasar gaji
minimum," kata beliau.
Menurut Zeti, penggunaan awam, bagaimanapun, menyederhana kepada 0.1
peratus (suku keempat 2012: 1.2 peratus) berikutan berkurangnya
perbelanjaan bagi bekalan dan perkhidmatan.
Bagi bekalan, pertumbuhan dalam sektor pembuatan menjadi lembap, ekoran
tekanan daripada keadaan-keadaan luar negara yang lemah, tegas beliau.
Meskipun kegiatan berkaitan perdagangan berkurangan, kata Zeti, sektor
perkhidmatan terus berkembang, sebahagian besarnya didorong oleh
subsektor yang menampung permintaan pasaran domestik.
Kata beliau, pertumbuhan dalam sektor pertanian terus kukuh disebabkan
oleh pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi manakala sektor
perlombongan merosot ekoran penyusutan pengeluaran minyak mentah.
Dalam sektor pembinaan, kata beliau, pertumbuhan terus teguh,
sebahagian besarnya disebabkan oleh kemajuan dalam subsektor
kejuruteraan awam.
Dalam sektor luaran, Zeti berkata lebihan akaun semasa mengecil dalam
suku pertama kepada RM8.7 bilion, bersamaan dengan 3.9 peratus
pendapatan negara kasar (PNK) disebabkan oleh lebihan barangan yang
lebih rendah, serta defisit perkhidmatan yang lebih besar dan pengaliran
keluar pendapatan.
"Akaun kewangan bertukar arah dan mencatatkan pengaliran masuk bersih
berjumlah RM1 bilion (suku keempat 2012: -RM10.3 bilion) apabila
pengaliran masuk daripada pelaburan langsung dan portfolio daripada
bukan pemastautin mengatasi pengaliran keluar yang timbul daripada
pelaburan langsung dan portfolio yang dilaksanakan oleh pemastautin,"
jelas beliau.
Beliau berkata imbangan pembayaran mencatatkan lebihan sebanyak RM4 bilion (suku keempat 2012: +RM5.9 bilion).
Mengenai inflasi, Zeti berkata BNM memantau pertumbuhan dan juga risiko
inflasi pada masa ini dan percaya kadar faedah semasa menyokong
pertumbuhan.
"Kita memantau ini dengan teliti kerana risiko luaran berkemungkinan
besar menjejaskan pertumbuhan. Kita belum nampak pemulihan mampan yang
muncul dari ekonomi-ekonomi besar," katanya.
Kadar inflasi, seperti yang diukur melalui perubahan tahunan Indeks
Harga Pengguna (IHP) meningkat sedikit kepada 1.5 peratus dalam suku
pertama (suku keempat 2012: 1.3 peratus).
Ditanya tentang pengukuhan ringgit, Zeti berkata ia didorong oleh
aliran modal kerana pada satu ketika, langsung tiada pengaliran masuk
yang besar kerana pengurus portfolio enggan memasuki pasaran manakala
mata wang serantau yang lain seolah-olah bergerak lebih pantas daripada
ringgit.
"Tetapi baru-baru ini, kita nampak pelabur-pelabur berpotensi yang
menunggu di luar pasaran mengambil bahagian dengan cara yang ketara dan
mata wang kita telah meningkat kira-kira sama banyaknya dengan mata wang
tempatan yang lain," katanya.
Meskipun pasaran kewangan global terus turun naik, kata Zeti kestabilan kewangan terus utuh sepanjang suku ini.
Beliau berkata pengantaraan kewangan yang berkesan telah disokong oleh
institusi kewangan yang kukuh, keadaan pasaran kewangan yang teratur dan
keyakinan yang berterusan terhadap sistem kewangan.
"Melangkah ke hadapan, ekonomi global dijangka terus berkembang, namun
masih wujud risiko pertumbuhan akan menjadi lebih perlahan.
"Dalam ekonomi-ekonomi maju, pemulihan ekonomi terus mudah terjejas oleh ketidaktentuan dasar dan risiko penularan," katanya.
Zeti berkata pelaksanaan dasar yang berbeza-beza merentas rantau juga
telah mengakibatkan kesan limpahan terhadap keadaan kewangan global.
Bagi Asia, pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam
negeri, disokong oleh pertumbuhan pendapatan dan keadaan pasaran pekerja
yang menggalakkan, serta dasar yang terus fleksibel, tegas Zeti.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment