KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pertumbuhan tahunan wang secara
meluas (M3) berkembang 9.1 peratus pada Mac tahun ini, yang disokong
oleh sambungan kredit kepada sektor swasta, demikian menurut Bank Negara
Malaysia (BNM).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=946467
Published: May 01, 2013
Dalam satu kenyataan Selasa, BNM berkata berasaskan bulanan,
pengembangan itu disederhanakan oleh aktiviti pengumpulan dana oleh
kerajaan.
"Pembiayaan bersih kepada sektor swasta berkembang pada langkah yang
perlahan pada Mac kepada 11 peratus, berikutan penyederhanaan di dalam
pertumbuhan kedua-dua pinjaman sistem perbankan dan penerbitan bersih
atau sekuriti hutang swasta (PDS) yang belum lunas," katanya.
BNM berkata pinjaman perniagaan yang belum lunas menyederhana di dalam
bulan itu berikutan pembayaran yang banyak, manakala pengeluaran
pinjaman kepada perniagaan terus kukuh, dengan lebih banyak pinjaman
diberikan, yang kebanyakannya kepada sektor pembuatan, pemborongan dan
runcitan, restoran dan hotel, kewangan, insurans dan perkhidmatan
perniagaan dan pembinaan.
Pinjaman kepada isi rumah juga berkembang pada kadar sederhana,
permintaan mendapat pinjaman secara keseluruhan, bagaimana pun, kekal
kukuh berikutan peningkatan permohonan pinjaman dari kedua-dua
perniagaan dan isi rumah.
Di dalam sistem perbankan, BNM berkata ia terus kukuh di bawah Kerangka
Kecukupan Modal Basel III yang baharu yang mempunyai nisbah modal
ekuiti tier 1 bersama, nisbah modal tier 1 dan nisbah modal keseluruhan
masing-masing 12.2 peratus, 13.1 peratus dan 14.5 peratus.
Paras kemungkiran pinjaman bersih meningkat kepada 1.3 peratus daripada
pinjaman bersih manakala penampungan kerugian pinjaman kekal di atas 90
peratus.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment