KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kadar-kadar jangka pendek diunjur
kekal stabil minggu depan berikutan campur tangan berterusan Bank Negara
Malaysia bagi mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=951955
Published: May 26, 2013
Pada Khamis, kadar semalaman merekodkan 2.92 peratus manakala
kadar-kadar satu minggu, dua minggu dan tiga minggu ditambat
masing-masing pada 2.98 peratus, 3.01 peratus dan 3.04 peratus.
Bank pusat melaksanakan beberapa tender pasaran wang yang melibatkan
tender konvensional, Islam, Program Murabahah Komoditi, Al-Wadiah,
lelongan matang dan repo pada asas harian bagi menyerap lebihan mudah
tunai dalam pasaran.
Pasaran ditutup pada Jumaat sempena curi Hari Wesak.
Bagi minggu baru berakhir, bank pusat memasuki pasaran wang setiap hari bagi menyerap lebihan dana.
Pada penutup, lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional sebanyak
RM15.039 bilion, manakala lebihan dalam sistem Islam sebanyak RM4.312
bilion.
Pada Khamis, kadar asas KLIBOR tiga bulan tidak berubah pada 3.21 peratus. -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment