Thursday, May 23, 2013

Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah RM436.9 Bilion Pada 15 Mei

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM436.9 bilion, bersamaan dengan US$141.4 bilion pada 15 Mei.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130522/ek_22/Rizab-antarabangsa-BNM-berjumlah-RM4369-bilion-pada-15-Mei
Published: May 23, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=951571
Published: May 23, 2013

Menurut kenyataan bank pusat itu paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 9.6 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar jangka pendek.

Menurut kenyataan itu lagi, rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing US$128.2 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$900 juta), hak pengeluaran khas (US$1.9 bilion), emas (US$1.9 bilion) dan aset rizab lain (US$8.5 bilion).

Jumlah aset BNM, termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM486.189 bilion.

Aset-aset lain bank pusat termasuklah kertas kerajaan Malaysia RM2.182 bilion, deposit dengan institusi kewangan (RM29.61 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM9.205 bilion) dan aset-aset lain (RM8.990 bilion).

Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar RM100 juta, dana rizab am (RM30.245 bilion), mata wang dalam edaran (RM68.379 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM215.228 bilion), kerajaan persekutuan (RM11.638 bilion), deposit lain-lain (RM4.171 bilion), kertas Bank Negara (RM130.702 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM6.249 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM19.475 bilion).

-- BERNAMA

No comments: